Nota bank Bank Scotland

Sekeping nota £50 Bank Scotland

Bank Scotland adalah bank yang pertama di Eropah yang berjaya mengeluarkan mata wang kertas yang boleh ditunaikan (kemudahan ini amat berguna dalam keadaan pencetakan duit syiling Scotland yang lemah pada akhir abad ke-17). Haknya untuk mengeluarkan nota bank dikekalkan sehingga hari ini, tetapi juga diberi ke bank lain selepas 1716 apabila monopoli Bank ditamatkan. Mengikuti Akta Kesatuan pada 1707, bank menyeliakan pencetakan duit syiling lama Scotland ke dalam Sterling.

Pada 1826 percubaan Parlimen United Kingdom untuk melarang penghasilan nota bank kurang daripada lima pound nilai muka mencetuskan kemarahan di Scotland. Antara tindakan paling ketara ialah perutusan beberapa surat oleh Sir Walter Scottkepada akhbar Edinburgh Weekly Journal di bawah nama pena "Malachi Malagrowther" yang akhirnya memaksa kerajaan untuk berlembut dan membenarkan bank Scotland untuk terus mencetak nota £1. Kerana ini, gambar Sir Walter masih terdapat di semua nota Bank Scotland.

Isu terkini

Isu nota kini Bank Scotland menampilkan Sir Walter Scott di hadapan, dan di belakang dan juga menampilkan industri-industri Scotland yang berjaya:

Siri baru 2007

Sekeping nota £20 isu 2007

Bank Scotland mengeluarkan siri baru nota bank pada musim gugur 2007, yang bertemakan jambatan Scotland. Isu nota Bank Scotland ini dikeluarkan dari edaran sekurang-kurangnya tiga tahun.

Warna dan saiz semua nota baru adalah sama dengan reka bentuk terdahulu tetapi teks pada nota-nota lebih besar daripada yang terdahulu. Ini dibuat untuk bantuan bagi mereka yang mempuyai masalah penglihatan. 'Cornerstones' telah ditambahkan ke nota-nota baru. Corak-corak tanda air ini berada di semua sudut nota, yang akan memperbaiki lagi ketahanan nota-nota ini.

Ciri-ciri pengawalan baru juga ditambahkan dalam reka bentuk baru. Ini termasuk benang logam keselamatan terbenam di setiap nota bank, yang mengandungi nilai nombor di hadapan nota £20, £50 dan £100, yang menampilkan rencana Bank Scotland dan nilai nombor pada nota tersebut.